Monday, 15 May 2017

KENANGAN BERSALIN DI KLINIK KESIHATAN

Assalamualaikum dan selamat tengahari.Semoga awak-awak semua sihat sejahtera pada hari ini.Sebenarnya minggu lepas tanggal 9 hb Mei 2017 genap anak kedua saya telah cukup 4 bulan.Yeah so excited kn padahal bukan besday dia pon.poyos ibu ni,hehe,tapi bukan apa.kenangan bersalinkan Awadah ni masih segar dan terpahat di hati sanubariku ini taw.Jiwa ini meronta-ronta terpanggil untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu diluar sana tentang pengalaman bersalin di klinik kesihatan yang sangat berharga ini.Semoga cerita ini tidak luput dan menjadi bukti untuk diceritakan kepada anak-anak saya kelak bila mereka dewasa.

Ceritanya begini, waktu mengadungkan Awdah ini cukup senang taw. Tiada banyak kerenah, tiada moning sickness, tidak mengidam, cuma kepenat dihujung kehamilan itu biasa biasa sahaja. Dan sewaktu kehamilan dia pon saya tidak mempunyai masalah HB low ataupun mempunyai kencing manis.Mungkin pengalaman kehamilan pertama dulu banyak memberi ilmu pengetahuan dari segi pemakanan dan amalan semasa mengandung membuatkan kita sebagai ibu lebih berjaga-jaga. Kehamilan pertama semasa mengandungkan Irdina dulu saya kerap mengalami HB low, dan disahkan kencing manis tetapi ditahap diet control sahaja..hehe. Mungkin ni sebab saya rasa lebih gemar untuk makan makanan yang manis-manis sehingga masa cekup minum air gula boleh kantoi, sangkut pulak aii..huuu.

Kisahnya kehamilan pertama saya mengandungkan Irdina kami suami isteri hidup PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh ) saya di Nilai dan suamiku pula di Kuching, Sarawak. Saya just survive sendiri semasa kehamilan, ulang alik cekup pon sendiri ( pernah juga terdetik cemburukan ibu-ibu diluar sana semasa lihat mereka cek up dengan suami masing-masing ). hari berlalu dan terus berlalu, cek up seperti biasa di Klinik Kesihatan, namun sudah masuk 38 minggu masih belum mempunyai apa-apa tanda. Jadi saya membuat keputusan untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu dan pulang ke kampung, kerana pada masa tersebut risaw juga sekiranya saya akan bersalin seorang diri tiada siapa akan menghantar ke hospital kerana suami saya nun jauh di seberang laut dan beranggapan dikampung mak ayah dan keluarga mertua ada sekiranya berlaku kes kecemasan hendak bersalin. 

Pada 39 minggu masih belum ada apa-apa tanda jadi Dr memberitahu sekiranya sudah cukup due date 40 minggu namun masih belum bersalin saya akan di refer ke hospital untuk dipaksa bersalin kerana mempunyai kencing manis.Namun yang bestnya sebelum due date tersebut suami saya pulang serta dapat menemani saya dan menghantar saya ke hopital,tanggal 24 Ogos 2014 bersalinlah Nur Irdina secara induce. hehe ini pengalaman yang tidak boleh lupa juga. macam-macam kejadian saya di Hospital 2 , malu lah nk cerita..hehe.Pengalaman bersalinkan Irdina ni pon ibu still tidak boleh lupa...... belum cerita semasa berpantang lagi 2.huuuu.

Bagi kehamilan kedua ini,betullah kan sebab saya dah rasa macam-macam pengalaman semasa kehamilan pertama membuatkan kita lebih berjaga-jaga. Lebih menjaga kesihatan dan kecerdasan, awal kehamilan seperti biasa tiada moning sickness, tetapi kehamilan kedua ni alhamdulillah syukur dapat mengandungkan ketika suami ada disisi..hehe tahun 2015 suami saya dah dapat bertukar ke semenanjung. Tetapi disebabkan saya dah biasa survive mengandung bersendirian tidak menjadi masaalah bagi saya, malah lebih seronok ketika ini. Ada juga la 2 3 kali suami dapat temankan saya untuk cek up di klinik.. excited sebab nak rasa perasaan itu katanya..teman wife cek up.hehe...

Diakhir kehamilan masuk 36 minggu saya semakin aktifkan diri banyak berjalan kesana kemari, jalan tawaf shoping mall, turun naik tangga. Sebab orang kata bagi senang bersalin kn. Bermula daripada 36 minggu tersebut hari-hari saya turun naik tangga 2 tingkat di pejabat setiap hari bagi mudahkan bersalin, disebabkan ada pengalaman kena induce kali ini saya berhasrat nak merasakan kelahiran secara semula jadi tanpa induce,.. Hari-hari berdoa, buat latihan turun naik tangga, dan ada kakak kt pejabat saya beritahu kalau nak Allah tunaikan hajat kita buat solat Dhuha 8 rakaat. Saya buat solat tersebut hari-hari minta pada Allah senangkan bersalin.

Sehari sebelum saya bersalin 2, ingat lagi saya sempat mengubah suai perabot di dapur saya, tolak tarik, ubah kedudukan almari rak-rak di dapur entah kenapa, niat nak bagi senaman mudah bersalin katanya.huu. pagi keesokkan nya ( Januari 2017 )saya bersiap hendak pergi kerja seperti biasa, siapkan Irdina dan hantar dia ke taska seperti biasa, sampai di pejabat saya lakukan rutin harian seperti biasa, namum masuk jam 9 Pagi, saya sakit perut mild-mild .kejap2 ada kejap tak. Saya cuba catat, masa 10 min sekali, masa 2 saya try goolge sakit nak bersalin, namun tiada tanda yang sama seperti saya. Tanya juga group kakak2 tanya.namun tidak sama juga.Saya just biarkan aje sakit 2 berlalu,jam sudah tujuk jam 12 tengahari, terdetiknak tanya pada kakak kt opis 2, diorang cadangkan untuk pergi ke klinik panel sahaja.Tapi sebabkan masa tersebut sudah nk rehat Dr sudah tiada diklinik dan fikir nak ambil nombor giliran lagi, tak sempat. Okeylah kita pergi petang karang lah kata kakak 2.

Jam sudah pukul 1tengahari, waktu rest tapi saya decided balik rumah lah makan kt rumah, drive blik rumah sekejap, dan makan, masa jam 1.30 tengahari saya dah merasakan sakit perut yang amat, huuu buat keputusan untuk balik ke pejabat semula kerana dirumah saya seorang diri.. Saya drive dengan keadaan sakit perut namun cuba bertahan. Sampi dipejabat ada kawan pejabat tengok saya dalam keresahan dan berkata " ko ni dah nk bersalin ni, jom akk hantar ko g hospital " suami saya bekerja di Kuala Lumpur, ambil masa dalam 1jam perjalanan ke Nilai, memang tak sempat la nk hantar saya ke Hospital Seremban kn.Masa tersebut jam 2.30 kecoh di pejabat saya nak bersalin, mereka telefon ambulans USIM untuk menghantar ke hospital.

Dalam perjalanan, nurse tersebut decide untuk berhenti di Klinik Kesihatan Nilai bagi tujuan cek.Jam menunjukkan 3 petang, semasa didepan klinik kesihatan dan masih didalam Ambulans, saya sudah merasakan sakit bersalin.Selepas cek terus ditolak ke dalam klinik kerana sudah full dan bersedia untuk bersalin..alhamdulillah jam 3.30 petang lahirlah Nur Awadah.Suami saya pada masa tersebut sudah sampai di klinik sebelum Awadah lahir tetapi tidak dibenarkan masuk kerana faktor kawasan tersebut, tetapi syukur alhamdulillah Awadah lahir dengan selamat tanpa mempunyai apa-apa masaalah, dan masih bersyukur juga, walaupun suami tidak dibenarkan masuk dia setia menemani saya diluar pintu bilik bersalin tersebut.

Semoga cerita ini akan terus terpahat dihati sanubari saya, suami dan anak-anak kami semua. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah, kerana aku dapat merasakan nikmat dan sakit detik kelahiran yang berbeza-beza yang banyak memberi aku pengalaman yang sangat berharga sebagai seorang ibu.

Sekian, memori Nur Irdina dan Nur Awadah

No comments:

Post a Comment